kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Friday, August 30, 2013

Bersyukur kerana MERDEKA..

Assalamualaikum w.b.t

jemput jawab salam, joom....kekadang jek kan update blog...adoyaii, kekurangan kerajianan la kengkawan oii...kekurangan keidean pun yer jugak...tapi lebih kepada tak der mood jugak la and so on....leyh tak aku teka ape yang korang buat malam nie...tengah countdown detik merdeka kan...kan3x...eleh2, sape yang geleng tu...meh sini kepale tu, nak bagi seluku due...tak ngaku lak...

Lahirkan

rasa syukur kepada Allah dengan kemerdekaan yang diberikan...acer tanye budak2 ape erti kemerdekaan pade dyorang...mesti macam2 kan jawapannye and jawapan paling popular sangat didengari setiap kali sambut merdeka ialah kite bebas daripada dijajah oleh penjajah...haaaa, betol tak kengkawan...angguk2 cepat...huhuhuhuhu...and masing-masing mesti de jawapan sendiri....macam mane korang lahirkan or bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi??

Mesti

macam-macam care kan....nak tanye la, sape yang bagi kemerdekaan kat kite yer...so, sape jawab orang putih yang bagi...aku luku die bertubie2 (dengan muke tengah seyes tahap gaban, ape yang aku leh cakap " cer jangan tunjuk sangat kebangangan tu boleh tak")...dan kalau taw bukan dyorang yang bagi, janganlah sambut kemerdekaan ni macam atau sebijik orang putih....yang bagi kemerdekaan ni adalah ALLAH dan seharusnye, juge sepatutnye, juge sewajibnye lahirkanlah rase syukur anda hanya kepada ALLAH....kenalah ikut care agama untuk lahirkan rase syukur tu, ye dak....tak gitu kengkawan...ke aku je macam ustad sangat...tepuk dade tanyelah iman...cekidaut yaw.....( haa yang last tu over..)

Alhamdulillah...
I
I
I
V
semoge aku merdeka daripada ape yang tidak aku ingini...


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA..

Monday, August 26, 2013

Kelebihan kita...

Assalamualaikum wbt..

jawab salam ye kengkawan...hari ni dah masuk ofis kat tanjung malim macam bese...pagi2 lagi dah menapak kat ofis...pukul bape???...cer teke,..klunye, awal la sangat..kaaannn...so, aktiviti mengupdate blog yang bersawang ini diteruskan lagi selepas seminggu berkampung sampai nak muntah tengok laptop...entry pasal aku pergi berbengkel yang seminggu tu coming soon, macam takde mood nak menulis tentang tu lagi... jom, bace sikit cerite kat bawah nie untuk tambahkan semangat kite untuk beribadat....pesanan untuk aku jugak la nie,..Insha'Allah...


Kisah kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayapitu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..Tidak
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat,

Maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.

Kemudian Jibrail as berkata: Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal…' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.

I
I
I
V

cubalah amalkan ye...

i support MORSI...

Assalamualaikum...

jawab salam ye, InsyaAllah...
Syukur kepada Allah Maha Besar yang memberikan nikmat kepada aku untuk terus hidup lagi pagi ini....keadaan  masih aman ketika aku bangon..mungkin berbeza dengan saudara2ku di mesir ataupun syria...kat sini, aku jarang sekali fikir soal kematian, tetapi saudaraku di sane mungkin  mereka berfikir tentang kematian disetiap saat kehidupan mereka.....Ya Allah, Engkau berikanlah kemenangan untuk kami...aminn..


Puas hati sekarang?

1: Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Berdekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

2: Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

3: Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

4: Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

5: Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

6: Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

7: Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

8: Kita! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

9: Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

10: Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

11: Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini.

12: CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka??

13: Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

14: Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

15: Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan?

GT

Luahan daripada seorang hamba, aku mohon share ye kat sini yer....terusik lak bile membace tulisan ni..

Tuesday, August 20, 2013

pasrah..

Assalamualaikum wbt

jemput jawab salam yer semue..
alhamdulillah...sekarang di IOI Palm Garden putrajaya...sedang berbengkel dengan kengkawan RA dari U lain...semue kengkawna dalam bilik nie ngah tekun sangat mengadap kerje...caiyokk!!...semue pasti boleh...

terfikir...

selalu tentang kehidupan nie...apa yang kite nak selalu tak dapat tapi Tuhan selalu hadirkan apa yang kite perlu...kalau aku nak cakap satu2, memang banyak la...lagi2 ape yang aku minte...tapi lagi banyak perkare yang aku tak sangke jadi and tu la pemberian paling baik daripada Tuhan untuk aku.... Tuhan tetap sayang kat aku...walaupun aku nie banyak buat dose..

 

pasrah...

dengan kehidupan sekarang...selalu jugak terlalu memikirkan mase depan...sampai satu mase aku jadi down giler kowt, stress, bengong and sewaktu dengannye...tapi aku belajar dan belajar untuk pasrah dengan segale ketentuanNya...ape yang dah jadi aku tak mampu nak ubah, ape yang ade sekarang aku pasrah dan terime...and untuk mase depan tak salah aku mencube mendapatkannya kan..."Tuhan, tenangkan la hati ini...amin.."...tak tahu nak tulih ape dah...Tuhan je la yang tahu ape yang de dalam hati nie sekarang...adiosss...

I
I
I
V
hati...jangan persoalkan itu dan ini....

Sunday, August 18, 2013

Hari Raya yang bermakna..

Assalamualaikum wbt

jemput2 makan kueh raye dan jawab salam kat atas yer sahabat2....sape boleh teka hari ni raye ke berape, sape dapat teka dapat duet raye, nak3x...macam bebudak je kan nak bagi duet raye....sape ase macam budak2 kalau dapat duet raye cer angkat kening...haaaaa, klu aku dapat duet raye aku amek je, tak kire la kalau ade yang cakap yang aku macam budak2...ke malu nak amek sebab yang bagi duet raye tu bagi pun singgit due...cer ade yang bagi duet raye kat korang tu nilainye banyak...macam 50 hinggit....tak pun 100 hinggit....200, 300, 400, atau cecah ribuan ringgit...kompem korang akan amek kan...cer jangan tipu...huhuhuhu...

bermakne..

sungguh hari raye tahun nie,...setiap tahun ade maknenye tersendiri, tapi tahun nie maknenye sangat berbeza....setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Besar kerana memakbulkan doa aku...sebab tu kena banyak bersabar dengan dugaannye...Alhamdulillah, segale kesulitan dan ujian sedang aku hadapi telah dipermudahkan oleh Allah.....mungkin sebelum nie, segala tindakan aku sering disalah erti oleh sesetengah orang dalam aku menyelesaikan masalah...ade yang kate aku ni teruk, tak pandai, tak tahu jalankan tanggungjawab...tapi setiap tindakan yang aku hendak lakukan aku akan bersujud dan meminte pertolongan supaye dipermudahkan...selepas segale usaha dan doa..aku serahkan segale urusan ku kepada PEMILIK urusan yang sebenar2nye...

tak banyak..

gambar kenangan raye tahun nie, tak tahu la kenape...mungkin nafsu nak bergambar tu kurang...almaklumlah, badan makin boyot je...tapi tu bukan isu utama, yang penting aku memang tak pandai bergambar pun...kalau ter'elok' posing mase bergambar tu, tu semue kebetulan belake...amacam hari raye korang ea...mesti meriah kan, cer kongsi sikit...sape nak kongsikan kaannn...nie blog pun macam aku sorang je yang bace, ne de owang datang menjengah...kate menulis untuk diri kan...tapi time kasih sebab ade jugak yang penah cakap dye pembace tegar blog aku...ade eaaakkk!!!...kalau aku nie kaye, duet billion2 an, dah lame aku belikan kete tok sape jadi pembace tegar blog nie...adoyaiii, melalut ke laut dah...sebelum pe2 cekidaut dengan gambar2 mase raye baru nie...mcam banyak je...tak banyak pun...ngan my big brother je la...

 big brother....!!!

 with my younger sister
I
I
I
V

syukur Ya Allah kerana kembalikan rasa itu....hanya TUHAN yang tahu...

Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Lahir kak ROBIE..

Assalamualaikum wbt

jemput jawab salam kengkawan yer...
Alhamdulillah, diberi petunjuk oleh Allah, aku dah tepon mak aku tadi...and katenye "jangan balik malam, nak balik, balik esok je, hari siang"....so, thats mean aku kene bertolak lepas sahur esok la...itu pun kalau rajin kan..hahhaha....plus ngan tak mengantok...

5 Ogos 1989...

tarikh kelahiran the only one my akak la...tahun nie genap la umornye 26 tahun...26 eak, mude lagi la kan...thanks sebab banyak berkorban untuk aku....aku akan kenang sampai bile2, mane nak dapat kakak sebaik nie in this world...so, selamat hari lahir akak...semoge dipanjangkan umor and dilimpahkan dengan rezeki yang mencurah-curah....semoge kehidupan akak dalam lindungan dan rahmat Allah...tolong doakan aku yang jahil nie...huhuhuhu..tolong yer....

my kakak dengan heronyer..

adik-adik...

aku yang lain pun dah lepas tarikh lahirnye...and ade yang belom sampai masenye lagi...so nak amek kesempatan jugak la ucap selamat hari lahir kepada anda2 semua yang sangat bertuah memiliki abang macam aku nie...ecececewaahhh...(...amacam, naik lif tekan sendiri maaaa...tak de sape nak tolong tekankan untuk aku...so, pepaham je la..)..bertuahla sangat kan, sekarang baru nak ucap selamat hari lahir....mintak maaf la adik2 ku sume, mungkin korang lebih memahami kesulitan yang aku hadapi, ape2 pun aku akan cube jadi yang terbaik untuk korang sume...


maafkan aku...

Assalamualaikum wbt

jemput jawab salam ye kengkawan....
hari nie mungkin hari terakhir sebelum ramadhan berakhir untuk aku update blog nie,.pe taknye, kalau jadi balik esok, sampai umah mane ade wifi nak menjalakan aktiviti update-mengupdate nie...thanks pade sume yang sudi bersame2 dengan aku...maafkan aku di atas sumer kesilapan aku.., sungguh bermakne anda semue pada aku...tak terbalas la jase korang yang teramat banyak tu...Tuhan je la dengan KebesaranyNya yang akan memberi segala kasih dan sayangNya kepada korang sumer...amiiinnnn....

Family...
yang paling penting dan tiada ganti di dunie nie...sayang and kasih kat mereka sumer...memang banyak dugaan yang Tuhan bagi kat mereka and aku, tapi bukan untuk disia-siakan tapi pasti ade hikmahnye...
maafkan aku jike aku masih tidak sempurna dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak, adik dan abang...

aku...

sob..sob..., banyak dah dilalui,...letih jugak tapi tak seletih saudara seislam di mesir, syria, mahupun palestin....dugaan mereka lagi dasyat, tapi pernah aku bace artikel yang kate bangse2 kat sane memang kuat dan sebab tu Tuhan uji sedemikian rupa...kalau orang kite, entahla...jangan marah aku, aku terbace je and copy paste balik kat sini....kan Tuhan tak akan uji hambanya di luar kemampuannya,..so, kuatkan diri, lalui hari2 dengan redha dan berusaha...beribadahlah seperti nak mati esok hari dan bekerjalah seperti akan akan hidup seribu tahun lagi...simple tapi susah nak praktik....enrty sekadar untuk meluahkan rase yang tibe2 menjengah nie, mohon maaf banyak2....mane tahu umur tak panjang...aishh, macam banyak je amalan cakap macam tu kan....panjangkan umurku ya Allah...

cube tenung jauh ke dalam mate aku..pasti kamu tahu...
I
I
I
V
kepada bakal pelengkap tulang rusukku...

haaa...yang nie wait dulu la, tapi kepada si dia...jangan jemu dengan sy ok...sy tahu cinte sy tak seagung cinta Nabi Muhammad dan Siti Khadijah atau pun tak sehebat cinta Zulaikha kepade Nabi Yusuf...tapi sy tahu yang sy perlukan awk dalam hidup sy...

Selamat Merayakan Hari Lebaran...

Assalamualaikum wbt

jemput makan..eh! silap yer...dah la pose,..jemput menjawab salam kat atas yer...bergurau ye di bulan Ramadhan...sape yang sengih tadi, meh2 pak cik bagi gule2 untuk buke pose nanti...aiyaakkk,....Selamat menyambut Hari Raya yer..maaf zahir dan batin kalau2 aku yang jahil nie,.....ade buat salah ngan korang2 di luar sane...(tak de kalau2 nye, kompem ade la)....maafkan la yer...xdaye nak mencari korang kat padang masyar nanti tuk mintak maaf....aiyaaakkk lagi sekali...

planningnye...

nak balik pagi esok...banyak faktor and kaji selidik telah dibuat secara bersendirian dengan menemubual kelompok baju yang tak basuh dirumah dan selipar-selipar yang berselerakan di luar rumah...soal selidik tersebut menyatakan bahawa better i gerak hari esok sebab kalau hari rabu, leyh kate kenderaan kat jalan raye macam rombongan semut pulang ke sarangla...to reporter, tolong jangan putar belitkan my statement, nanti tak pasal2 kate aku samekan orang balik raye macam haiwan...huhuhuhu, jap2...pe yang aku melalut nie be*&#ng betol larh...huahuahuahua...

so..

ape yang aku nak sampaikan kat sini ialah beberape pesanan daripada lubuk hati aku kepada semua pengguna jalan rayer...

1. tolong kasihani la penunggang moto macam aku
2. bawak la dengan penuh cermat, paling cermatla dalam sejarah hidup korang kalau boleh..
3. senyum la beramai2 ketika membuat aktiviti potong memotong...(biar tak panas hati member yang kene potong tu)...
4. kalau penat, berhentilah secara berhemah, jangan la tetibe je nak buat pit stop kat bahu jalan...membahayekan penunggang macam aku nie...
5. ingatlah baju raye yang hendak di packing...t tengah2 jalan baru teringat, tak dapet den nak menolongnye...menangis la anda dalam kerete sengsorang atau pun secare berjemaah..
6. please check kenderaan korang sampai rase nak muntah tengok kete korang, jangan nanti macam tahun2 lepas aku balik kg, setiap 2 km mesti ade je kete tersadai dengan membuke bonet depan...
7. jangan lupe solat taubat..(ni untuk aku la jugak)...sebab mane nak tahu kan..jeng2...jangan marah ye, yang hidup pasti akan menemui ________...isi tempat kosong pliz..

I
I
I
V
8. yang paling penting ingat orang tersayang yer...and bakal isteri yang tersayang...wahhhaa..

walau dijauhkan tapi tetap dekat..

Assalamualaikum wbt

jemput jawab salam yer..InsyaAllah, hari anda akan lebih berkat lagi...acececewaahh...cam ustaz daa...berape ramai yang dah ade di kampung cer angkat tangan...wahhhh, ramainye..jap2 biar aku bilang sat yer....1...2...3....4....5....eh maleh la nak kire, ramai sangat nampak gayenye....macam mane puase kali ni, ape yang lebih daripada ramadhan tahun lepas...InsyaAllah, harap ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan dan kebaikan...semoge kite mendapat kasih sayang Allah seluas-luasnye dan mendapat keampunan daripadaNYa...

walaupun..

aku telah ditakdirkan jaoh daripada dia...huhuhu, tapi tetap Tuhan mendekatkan diri ini, mungkin bukan untuk nikmat yang lain, tetapi mungkin dari jalan yang lain pula...wahhh, thanks ALLAH...Engkau Maha Besar,...setiap yang aku mintak tapi tak dapat, aku akan cube sentiase positifkan walaupun sukar...ambe nie manusie jugak bohh,...kadang2 memang kurang siuman sikit...however, try mybestest la kan...aku selalu terjumpe dalam blog or mane2 artikel tarbiah yang bagitaw Tuhan tak bagi apa yang kite hendak tapi Tuhan lebih mengetahui ape yang kite perlukan...Syukur ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang makhluk ciptaanMu...

senyum...

aku cube ukirkan senyuman tak kire la ape yang  berlaku...InsyaAllah, dengan harapan senyuman tu dapat bahagiekan siape2 yang ade disisi aku...(actualy aku bukan pandai senyum pun, huahuahua)...tak ramai yang tahu luke di hati ni, tapi aku tahu tak penting untuk mereka tahu...ape yang lebih penting untuk buat mereka bahagie...(tibe2 touching and emo lebih,...maybe nak raye dah kot, lagi2 ramadhan yang bakal menghilang nie...)....rasenye banyak yang aku gagal ramadhan kali ni...muhasabah balik ase macam nak mintak reverse balik jadi hari pertama ramadhan...

sesat..

di putrajaya baru-baru ni dengan my boss,...we were heading to putrajaya for meeting and presentation with others reseachers and RAs at KPM but confuse and lost with signboard.....after 40 minutes i guess, we got over there and luckly meeting juz starting in 5 minute...wahh, thanks ALLah once again...ase2, nikmat Allah yang mane satu lagi kite dustakan...cekidaut dengan gamba yang aku sempat snap...

 tu Prof Zarida...ketue penyelidik...passion sungguh buat pembentangan..

 Dekan and Dr. Uzi...geng daripada UPSI
 
 kesian kat member nie...pening je dye...sabarlah duhai sahabatku..

 bile nak habis presentation nie...mase nie aku dah start kene gastrik...sakit upenyer gastrik nie yer...


 design banggunan KPM kat persint 5 nie memang macam omputih...kelas kau jah..


kalau ade mase meh la datang sini...lawat2 ape yang patut...yeazzzaaa...

Friday, August 2, 2013

sekali bazar...

Assalamualaikum wbt

so, pe lagi, jemput2 la jawab salam tu...jangan takat bace jer..

ahad lopeh eden balik ko kampung eden...waahh, cakap bahaso negori lak eden nie... faham ko kalau  eden tulih dalam bahaso negori ni..kang tak pasal2, ekau ponin2 and buko poso towih...udah la jang, ponet pulak aden nie tulih bahaso nie...back to normal la kan....ramadhan kali ni, boleh kate mungkin la hanya sekali je aku dapat berbuke dengan family, memang jadual penuh mengalahkan artis, ditambah pula keadaan semasa yang tak mengizinkan, transport yang uzur dan tak dapat nak menapak jauh...oleh yang demikian, aku cube try test jugak mencari ruang dan waktu untuk pulang ke pangkuan orang tua and berbuke bersame2 mereka..

Alhamdulillah..

ahad lepas dapat jue aku merase untuk meratah dengan rakus..wahh, bahase jiwe bangse ye adik2...ratah dan ratah makanan masakan mak aku...syoknye, tiada makan yang sesedap itu,...kebetulan aku ambek adik aku kat ipoh and hantor dye balik kg, so dapat la sekali ke kg kampung..ye dak kawan2...mungkin juga sekali nie je aku dapat jenguk bazar ramadhan ni tempat kelahiran aku, iaitu TEMERLOH, bandar ikang pateenn..aku ajok sume adik2 aku plus ngan abang ipar plus ngan anak buah pergi jalan di bazaar ramadhan...

terkejut..

bila aku jejalan2 je ade je owg yang akan stop kan aku,..(bukan aku nie artis, orang dok2 tahan2 kan..)..lebih kepada kawan2 la yang lame tak jumpe then tetibe muncul di di bazar...terpancar la muke keexcitean mereka...( abis ancur bahase mat salleh ni aku buat..)..tak sempat nak sembang panjang2 sebab tujuan utam bukan nak buat reunion kan...tapi lebih kepada menikmati bazar ramadhan dan membeli pesanan-pesanan penaja di rumah...

apa boleh buat...

mungkin sekali tu je la, lepas nie plan nak balik pun malam raye...eden tak dapet cuti jang...macam mano nie...cekidaut la dengan gamba2 yang sempat aku snap...daaa..

 lepak kat mydin depan terminal amajaya ipoh...

 ade penah main menatang nie tak ??..ke masih main lagi bile tak de orang tengok..jeng3..

 sapenye keje nie, dok snap2 gambar aku nie...(aisehmen..)

 nie terminal amanjaya...front view..

 try klik kat pic bus tu..then zoom kat tingkap bus...kreatif la pakcik bus nie...

 juadah wajib lagi2 adik bongsu aku...donut...

 KARAPAI..salah satu kedai kat kg aku mase kecik2 dulu..

 kesian anak buah aku nie, dok layan pak ngah dye jalan2 kat bazar..sampai tertido lak...

zoom sikit..sebab lasak sangat, de hadiah kat dahi die, cer tengok...terhantok kot...

apa?...saya Gastrik...

Assalamualaikum wbt

Jemput ye jawab salam yang sentiase duduknye sebelum aku tulih ape2 di dalam blog ini...hari nie, hari jumaat bersamaan ramadhan ke 25...Alhadulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekian alam, yang memberi rahmat kepada hamba-hambaNYa....so, what happen ye kepada aku beberapa hari yang lalu, nak di short kan story la...lepas balik kampung hari ahad lepas, tak semena-mena aku rase tak selesa di bahagian ulu hati aku ni...wahhh, memang tak selesa la habaq hang...aku ingat small matter jer, maleh nak layan sangat...masa sahur pun, adoyaiii...macam mane nak explain kesakitan tu ye...urmmm, kalau aku boleh agak la, sakit macam kene cubit dengan cikgi Bi mase sekolah rendah...eh2, tak kot, lagi sakit dari tu beb...bergulung2 la aku macam tenggiling atas tilam...yang aku peliknye, bile dah tahan mean macam keraskan badan la...argghh, lepastu terus hilang cume berbekaskan rase perut yang tak selese....tak lame lepas tetamu tak diundang ni datang balik,..isghkk, sakit aku cakap kat ko...Tuhan je yang tahu....so, story sedih berlarutan untuk due tige hari sehingge aku give up and terus menapak kat klinik Nabilah...rupe2nye aku di sahkan gastrik...adoyaii, tak pernah ayat aku hidup separuh umo nie kene gastrikk..Dr. Nabilah ( kalau tak silap namenye sebab tak tanye pun....assume je la sebb klinik pun klinik nabila..)...bagi tahu aku yang kemungkinan sistem perut, hati, jantung and sebagai telah berubah...so, dapatla gastrik buat kali pertama...lagi satu katenye aku nie stress, sebab tu la ade juga gastrik yang meracau2 mencari mangse hinggap kat aku....Dr. bagi ubat 3 jenis, sumernye pil, beso2 lak tu...aku dah la ade cencitip skit makan ubat yang cenggini...tak pe la, layan kan je la atau oii...berbuke semalam start makan ubat,...tak ada lah hilang sekaligus...sakit tetap menyengat, tapi kurang la sikit...have nice day buddies..

 

I
I
I
V
jom doa sikit....

duit yang berkat..

Assalamualaiku wbt

Jemput la yer...jemput ape??...ehem2, fikir2 kan dan selamat beramal...so, ramadhan dah sampai ke penghujung, sedar atau tidak, diakhir2 nie makin sedih pulak rase nak meninggalkan bulan untuk umat Rasulllah ni...moge ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan dan rahmat Tuhan kepada kita semue....semoge amalan ramadhan kali ini dapat menjamin syurge Allah ye untuk kite...InsyaAllah, doa banyak2...agak lame jugak aku di bumi di tanjung malim nie, mencari rezeki yang halal untuk aku dan keluarge aku...teringat pesanan seorang sahabat, biar duit sikit tapi berkat daripada duit banyak tapi tak berkat, tapikan lagi bagus kalau duit banyak and semuenye berkat....besar maknanye tu ye sahabat2....Alhamdulillah, banyak perkara yang dapat aku tunaikan sebagai seorang anak...dan seorang abang, syukur ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan hambaMu....sentiasa bersabar dengan ujianNya...akhirnya, Tuhan izinkan perkara yang betul2 aku inginkan berlaku...semoge keluarga aku berada dalam rahmatnya sepanjang masa...terima kasih my friends sebab banyak membantu....aku de la visit a few blog hari nie, dan beberape blog nie bagi manfaat untuk aku sampaikan...antaranye ialah cerite tentang rezeki...rezeki dah ditetapkan oleh Allah, dan keluarlah untuk menjemput rezeki yang disediakan, dia tak akan datang kalau tak dijemput...satu lagi, pesanan tuk aku and sume ye, carilah rezeki di mana jua dan kerjalah dalam ape jua lapangan yang penting halal dan tidak menggadaikan ibadah..ade jugak kerje yang buatkan kite terpakse menggadaikan ibadah kite kepada yang ESA, ade juga menjadikan ibadah itu perkare peling akhir untuk difikirkan...tak nak hurai panjang2, tapi aku rase anda cukup faham kan...cekidaout...

2 dalam 1..

Assalamualaikum wbt

Jemput jawab salam kat atas yer...Alhamdulillah, diberi kekuatan menjalani ramadhan kali ini..strait to the point la kan...baru2 nie 25-27 julai, aku berbengkel lagi tapi kali ni kat Lumut lak, tepi pantai and dekat dengan jeti mArina...name hotel nie, Best Western Marina Island Resort...3 hari nie, berkampung dengan penyelidik untuk prepare laporan and bincang analisis data bagi research yang aku dok keje nie...berpose kat hotel nie memang de ujiannye...antarenye susah nak bangon sahor and maleh nak turun pegi cafe untuk makan...ngantokk kot...pening2, ape2 pn  dah lepas kan..barang yang lepas usah dikenang lagi..cekidaut...

 berbuke kat cny...mahal kot satu kepale...

 outside view...

 sempoii jer...nak pegi berbuke je kan...

 view tasik buatan..

 baju kaler hijau bos aku...Dr. Aziz...wife and anaknye..

 rasmate...


 bilik bengkel..gambo dalam bengkel confidential, tak leyh tunjuk..

bilik hotel memang besar...leyh buat 8 orang tapi yang doknye aku sorang je...

I
I
V
maleh and maleh...segale2 nye tersangat la maleh...