kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Thursday, January 31, 2013

Kata-kata Mutiara Imam Syafie....

Assalamualaikum w.b.t

urmm, lupe nak bagi tahu post tadi yang motor aku dah agak teruk..berbunyi sana sini, wayaring dah cam ape entah....aduyaii, nak kene bawak pergi bengkel jugak la nie....kebetulan minyak hitam pun dah sampai mase kene tuko....petang nie ade perbincangan penting dengan pegawai khas Dato' Hep...baru je tadi staff daripada pejabat lembaga kaunselor Malaysia call tanya sesuatu berkaitan sijil perakuan amalan kat aku...mungkin secara rasminye aku akan dapat sijil perakuan amalan sebagai kaunselor tak lame lagi...Alhamdulillah, moge dipermudahkan...nak share sikit dengan anda....semoge bermanfaat...


~ moge2 dipermudahkan untukku ~

someone fly to somewhere..

Assalamualaikum w.b.t

feel bowring coz now waiting calling from my boss..
yesterday he says will text me this morning for important task...
hahahaha...whats that??
do no kan, same with me la coz he didt call yet...
dont want to call him la...worry if disturb him to do something or what...
urmmm, practice writing la today....
everyday cannot miss practice English meh...

someone fly to somewhere today...
may Allah bless her journey...
may Allah give her a lot of happiness...
may Allah fulfill all her dream...

~ i'll pray for her ~

Air tin yang paling selamat untuk diminum..

Assalamualaikum w.b.t

apa khabar semue??
jangan lupe mengucap syukur  kepada Allah,
janga lupe sentiase mengingati Allah,
jangan lupe merasakan syukur di dalam hati...

pagi2 lagi dah update blog kan, tak dok kojo lain ko haa...huhuhu, ade je tapi nie kire exercise minda la, selain exercise jari jemari yang bakal menaip ape2 lagi selepas ini...sebelum start story hari nie,...aku ingin menimbulkan persoalan dalam kotak pemikiran anda yang bijaksinun tu...mesti korang pernah dengar bukan daripada mulut mak and cikgu korang je, mulut kawan-kawan korang, kakak-kakak korang, pakcik and makcik, datok and nenek yang minum air tin nie tak boleh banyak2 sebab air dalam tin ni banyak gas and banyak gule even air tin soya wiht label "less sugar"...betul ke??...

hari nie aku nak share la air tin yang aku minum, fes and lepas nie aku tak akan beli dah...memang selamat untuk diminum dan tak de gule langsung...macam air masak je rasenye, mungkin air masak la kot....cup3x...mesti time bace nie tak caye kan, cer kalau aku tak letak gambar sebagai bukti, mesti ramai yang tak percaye...so, bak kate kawan aku sol, ibarat beli air kosong and bayar RM1.5o untuk segelas air....kalau teringin sangat nak minum air dalam tin, aku sarankan beli air ni.....selamat sangat !!!

 pernah tengok tak??

 nie kandungan gule and tenaga kat label tin....sume 0 and 0 kan...macam air kosong je an..



nie aku wat camparison dengan air berkarbonat yang lain...

I
I
I
I
V

air berkarbonat nie memang tak effect ape2 pada badan, pewarne tak de, gule tak de, karbohidrat punt ak de...kalau nak beli tu...erkkk...

~ Thank you my LORD ~

Jangan !!!

Assalamualaikum w.b.t

Kepada sesiapa yang berkenaan,...
 


~ Terima Kasih Ustaz ~

Wednesday, January 30, 2013

istikharah untuk memilih..

Assalamualaikum w.b.t

sidang pembaca sekalian, aku nak tanye satu soklan..pernah tak anda berasa resah dan sangat keliru bila nak buat keputusan...ermmm, kalau tak pernah tu tipu sangat la kan...bile dengar je solat istikharah nie, ramai yang terfikirkan jodoh,...kenape istikharah selalu dikaitkan dengan jodoh...and kalau cakap solat istikharah, automatik kaitkan dengan nak pilih jodoh...hey, hello, bukan untuk pilih jodoh je taw...ape jua yang berkaitan dengan soal memilih yang agak keberatan dan mempunyai pilihan dan anda tidak mempunyai kepastian....lebih disarankan untuk melakukan solat ini...INGAT !! solat Istikharah bukan semasa untuk memilih jodoh sahaja...

kadang kala dalam kehidupan ini banyak keresahan yang melanda dalam membuat keputusan...seringkali keliru dan tidak tetap rasa hati untuk memilih yang terbaik dalam hidup...tenanglah duhai hati, sesungguhnya ada yang lebih mengetahui tentang keresahanmu itu...DIA yang maha esa lebih mengetahui tentang makhluk ciptaannya...maka, mohon lah bantuan kepada-Nya...Tiada yang lebih menenangkan hati apabila sentiasa mengadu kepada yang satu dan yang berhak...jika telah mendapat petunjuk dari-Nya, ikuti jalan itu dengan redha, dan apa jua yang berlaku selepas itu, sentiaselah berserah kepada-Nya kerana sentiasa ada hikmah di atas setiap kejadian...

 
DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH

 
Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa: 


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.


RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH
 
Rakaat Pertama
1)       Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah

Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:

 
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


Maksudnya:

…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216



 
sumber : Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain

~ sekadar berkongsi, Insya Allah amalkan bersama ~

Selamat jalan roomateku..

Asslamualaikum w.b.t

Pagi2 lagi dah tum tam kat bilik...
Pe taknye, roomate aku dok mengemas sebab nak balik kampung...
Lepas nie die pergi dan tak akan kembali...( bukan meninggalkan dunie ea, cume meninggalkan bumi tanjung malim nie jer )
Hari nie lastday kot aku bersama roomate aku nie...
Lepas nie tak tahu la bile lagi akan berjumpe...
suasana sayu menyelubungi pagi nie...
Hahahaha...dah cam citer sedeyh lak kan...
anyway, hope ko akan berjaye menjadi insan yang bergune and menjadi guru yang baik dan cemerlang...

nie gambor yang sempat aku amek tanpa kebenaran daripada Facebook dye...
kalau nak kenalan, nie adress fb dye : Hafiz hafizoonotik

I
I
I
V

minte maaf kalau ade terkasar bahase and terkutuk ko kat mane2 yang aku tak perasan..

~ sape nak kejot aku bangon subuh lepas nie ~

Tuesday, January 29, 2013

Coz everythings gonna be ok...

chill yea...

selalu ingat kat kamu..
walau kat mane kamu berade, aku akan doakan yang terbaik...

Bondan prakoso & fade2black

YA SUDAHLAH

Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah


Reff:
Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Coz everythings gonna be ok

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi bersamaku hingga akhir datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

Back to Reff:

Satu ‘kan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku satukan langkah kita
Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku terbang bersamaku
Melayang jauhh.. woo..woo.. yeeahhh.. (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea.. aku cinta kau.. ini cinta kita
Cukup satu waktu yes untuk satu cinta

Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu
http://hotliriklagu.com
Back to Reff: 3x

----> vedio

~ mood : miss her ~

erti bahagia...

Assalamualaikum w.b.t

pakai headfon, tapi tak pasang lagu, dok dengar lagu akak ofis yang dok sebelah nie...nape eak...dah mamai ke ape,...aku pun tak tahu....so, hari nie macam tak tentu hale jugak la sikit, pagi2 lagi dah dok sakit perut, meroyan la sekejap....tak mo la kona2 ke lain, nak straight to the point la...ape itu erti kebahagian??....kalau bagi soalan, ape kayu ukur anda kalau nak lihat kebahagian...betul ke setengah orang kate, ade harte banyak, bahagie??...makan mewah and yang sedap2 tu bahagia??...pakai yang mahal2 baru bahagia??...dapat pergi berjalan serata dunie baru boleh kate hidup nie bahagia..ade makwe bahagie, kalau tak de??...ermmm ntah la.....erti bahagia...siapa yang letak makne bahagie nie sebenarnye...diri kite sendiri ke??ke orang lain??...pernah dengar satu ceramah Dr. Asri sebelum nie...aku ingat lagi peristiwa tu, mase aku down sesangat and kecewa, ade hamba Allah nie, yang pernah jadi orang yang penting sangat dalam hidup aku dulu,...dulu la, sekarang dah tak dah, bagi link vedio ceramah Dr. Asri kat aku...huhuhuh, mase aku dengar sambil tu menggelinang la air mate nie...tersentap and tersedar terus....katenye, barangkali dengan makanan seseuap berkuahkan air lebih kenyang di rasakan dan lebih bahagia daripada insan yang berlimpah ruah makanan di hadapannya...barangkali dengan tempat tidur beralaskan kotak berbumbungkan langit lebih selesa dan lebih bahagia daripada insan yang tidur di atas tilam yang empuk...dan...barangkali dengan pakaian yang bercompang camping itu lebih indah dan bahagie dirasakan berbanding insan yang memakai pakaian mahal dan sentiase tidak merasakan cukup....so, kekadang tu, bukan nilai berape besar, berape banyak, dan berape kuat...yang penting rase bahagie dalam hati itu diertikan oleh kite sendiri....selagi rase bahagie itu bukan datang daripada sumber yang haram dan melanggar syariat dan ketetapan TUHAN..

tidak kire la bagaimana keadaan aku sekarang, aku memohon kepada yang Esa supaya kurniakan perasaan bahagia itu ke dalam hatiku....kekadang diri ini sering lari daripada landasan, tergelincir jauh...tapi aku sentiasa bersyukur kerana Tuhan sentiasa memerhatikanku dan memberikan aku petunjuk....

Mereka yang sedang mendapat MUSIBAH adalah orang yang sdang diCINTAi Allah.
”Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan keBAIKan maka ditimpakan UJIANpadanya.”  (HR. Bukhari)


~ moge mendapat manfaat, aku dan semue ~

Monday, January 28, 2013

Akhirat dijunjung, dunia dijinjing..

Assalamualikum w.b.t

kalau tak jawab berdose...
kalau jawab, ~~sayang~~

haaa, trademark vlog yang popular tu kan...sape lagi kalau bukan maria elena....so, dye dah kawin, xterlambat lagi ase nak ucap tahniah....huhuhu, dye tak bacenye eden punyer blog nie...

minte izin daripada owner gambar nie, huhuhu...amek daripada internet je nie...taip2 nama jumpe....minte izin ye...

sekarang tengah duduk jer sambil belek2 fail at dalam lappy nie, tengah mencari modul2 yang sesuai untuk program yang akan dijalan kat johor tak lame lagi...tetibe je nak entry kan sesuatu....aku teringat la pesanan kawan aku, ISmail namenye...katenye, kite kene buat macam akhirat dok kat atas kepale and kite junjung akhirat tu...dunia lak kita pegang and jinjing...mule2 aku tak faham la maksudnyer...tapi bile dah lame2 nie, baru la aku faham yang dye kate mase dulu orang akan junjung akhirat dan jining dunie, sekarang dah beza sebab orang junjung dunia tapi jinjing akhirat....mesti cam komplex sangat nak faham kan....

itu perumpaan yang boleh kite buat apa yang sepatutnye kite lakukan dalam kehidupan nie...satu mase kalau akhirat yang ade atas kepale kite bergoyang, kite akan sanggup lepaskan dunie semata-mata nak selamatkan akhirat daripada jatuh...macam tu la kehidupan....dalam kite mengejar yang disini, yang disana tetap bertahkta dalam perancangan kite kan....tapi...sekarang banyak yang terbalik, ramai yang letak dunia di atas kepale...bile dunie bergoyang je and nak terjatuh daripada kepale, akhirat yang dijinjing akan dilepaskan daripada tangan semata-mata nak selamatkan dunie....ape yang berlaku??...haaaa, aku nie cume menyampaikan sesuatu yang boleh dijadikan sempadan dan pengajaran je....dan aku bukanlah yang terbaik untuk itu...

"Jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan" (Ali bin Abi Thalib)...


~moge-moge perkongsian dapat beri manfaat kepada pembace, Insya Allah~

Lets DHUHA..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..


today is public holiday..
so, nothing to do as usual, juz stay at room until came back to work tomorrow...

suddenly, something cross in my mind to write about Solat Dhuha....then, i search article bout Dhuha la....how many times we have do solat dhuha before...urmmm, if no ever do...try starting from now....this solat can open "pintu rezeki" taw....we always complaint that why so hard to good luck come to our life..why r??..so, niat la nak buat Dhuha lepas nie...bukan susah pun kan...

---> kalau rajin google la panduan solat Dhuha kat dalam internet...kalau tak pun aku dah tolong paste kan kat sini...

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :

Rakaat : 
2,4,6 hingga 12

Waktu :  
10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :


-->"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
-->Baca Alfatihah hingga akhir
--> Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
--> Baca Alfatihah
--> Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
--> Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa 
--> Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
--> Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
--> Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
--> Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 ~ selamat beramal. INsyaAllah, same2 yer ~

Sunday, January 27, 2013

walking-walking...


assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Ermm...still feel bowring somewhere...hahaha...this my second entry for tonight yea...juz to story about where im walking to this saturday....where r??with who ea??...its one of my fun walking for this year larh...there i found a few moment that i think i never meet it before like saw a piano live player....wow, teruje gile kot, siap main lagu zamani...pe eark, lupe dah lagu tue...ermmm....coincidental, that time kan, have dance performance from cute dancer...huhuhu, pra-celebrate for chinese new year la...cute sangat dyorang tue...sebab teruje sangat, lupe nak snap pic...tak dapat la nak tunjuk....actualy juz follow my ofismate, kak ida and her sisters...fun la, sebab tak pernah pergi sane...jalan2 tengok tempat orang...suggest kan  kat korang jugak sape yang tak pernah pergi sane..kat mane ea...kat THE CURVE mutiara damansara...betul ke tempat dye nie...huhuhu...

---> bak kate orang, jauh berjalan luas pandangan...

p/s : t aku upload gambar...nak makan jap...

 nie caya and abg iwan...

kak ida and aku...

caya tengah geram....sib bek aku snap gambar, klu tak pinggan tu dah tembus kene cucuk ngan garpu....yang kanan tu iera...cute tak???...

nie la show yang aku tengok...teruje...amazing....

nie meetball, popular sangat kat sane...ermm...sampai bebaris panjang pun takpe...

yang chinese at dalam gamba nie terposing lak kan...secare tak sengaje act..

 nampak tak, punyela panjang barisan.....meatball punye pasal...

~ ade mase nak jalan2 lagi kat sane ~
\

Bacalah walau sepotong ayat....

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera,,



huuuwarghhh...haaa, starting menaip blog pun dah ngantok....sementara menunggu isyak kan, so aku ase berahi ( ..teringin..) pulok nak meng'entry'kan sesuatu dalam blog nie...kesian kat blog aku nie, time aku bowrink je aku cari dye....suke aku ingatkan diri aku and sume yang bace blog nie, jangan tinggal untuk bace Al-Quran....kalau tak boleh banyak sikit je...kalau tak boleh 10muke surat, bace la 5 muke surat..tak lame pun, 5 muke surat tu mungkin ambil mase 10 minit je...kalau ase cam malas sangat, mula la dengan membace 1 muke surat sehari...sementara menunggu isyak ke, sebelum terbit fajar ke mean lepas subuh la...banyak kelebihan kepade sape yang banyak membaca ayat-ayat TUHAN nie...cube amalkan, InsyaAllah...

Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh
: Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas
: Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

sumber : nurpasti.blogspot.com


----> ya Allah, terima kasih  untuk kehidupan ini...

Friday, January 25, 2013

bAkaL wirA..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

alhamdulillah, baru je lepas clean up sbb berpeluh-peluh balik dari training ngan soleh tadi...hope dapat mantain training macam nie, amalkan hidup sihat kan katekan...so, aku ase cam ade improvement la pada diri aku...bab speed, tak tahu la, bab kekuatan lagi la tak tahu, ke laut la kot...yang aku ase ade perubahan pade aku ialah berat badan yang dah turun sikit 1/2 kilo....setengah kilo je??..kire k la dari tak turun kan...kalau setengah kilo pun pe korang kisah kan...hahahaa...letih2, nie kat umah lak de tuisyen bermain gitar...dok dengar membe aku sorang nie belajar main gitar...cekap dan pantas....kejap je dah mahir...memang ade mase depan yang cerah untuk tukar profesion daripada atlet sukan kepada permain muzik...so, aku nak nasihatkan adik2 kat luar sane yang bakal menjadi wira dalam sukan, ubat paling mujarab untuk berjaya ialah TRAINING....jangan malas, bukan lame mane anda training menjadi perkiraan tetapi berapa kerap dan istiqamahnye anda...

---> luke tak baik lagi tapi tetap training ngan kengkawan...best even berempat jer...sempat la posing satu gamba buat kenangan sebelum pox bercuti...jumpe 8 hb 2 nanti untuk kem MASUM...


 
pox dah balik kelantan....aku.....solihin tengah giat berlatih main gitar.....hujung sekali nizam atau lebih terkenal dengan pakar hikmat punggung...


~ indahnye training ~

Tragedi pagi 25 Januari 2013.....

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

today im not really good as well as usualy larh..
wake up early coz hear my watch were ringing so loudlyness...its to heavy to open my eyes...
do no what i have done yesterday...
a lot things happen to me until i can write the story here...
whats that...here read carefully yea...

bile dah siap2 nak gerak tadi kan, aku masukkan la laptop kat dalam beg and zip the beg, then nak turun bawah start motor..mean panaskan motor la,...

1. tetibe aku nampak charger laptop aku,..( eh, macam ne aku lupe nak boh dalam beg..)...confident je nak bla macam tu, macam mane nak buat keje kan...tak pernah2 aku tertinggal masukkan charger....so aku amek balik beg aku and boh la charger tu....( for your imformation, my lappy cant on without charger, its coz the baterry cant use anymore...after send repair a few month agoo..)

2. sattle that problem aku turun and start motor, dah agak panas aku reverse motor...then, aku ase cam pelik je...mane taknye, aku tak pakai helmet...aduyaaiii, terpakse naik atas umah balik...dah la malas pagi2 nie..

3. hari nie tak pakai minyak rambut coz aku bawak songkok....mase nak gerak ke ofis, aku boh la songkok dalam raga motor....sampai kat ofis aku, dengan selambenye aku masuk ofis dengan beg kesayangan aku...mesti korang perasan ape yang pelik kan...weyh, mane songkok aku!!!....nie mesti dah terbang mase aku ride laju2 pergi ofis tadi....

4. aku bergegas la ke motor balik nak pergi check sepanjang jalan, kalau2 ade terjatuh kan..sesampai je kat moto, dengan rase anginye, aku tak perasan yang kunci motor tadi aku dah letak kat atas meja ofis....so, dah la parking agak jaoh....agak2 nak marah tak...tak la kan sebab salah sendiri...sambung citer tadi balik...sampai ke rumah aku turutkan mencari songkok tu, tetap tak de...

5.....aku pun balik ke ofis semule, kecewa kot...mane taknye...songkok boleh terkeluar dari rage motor..ishk2...on the way, mengenangkan nasib aku pagi nie, tetibe wayar hon motor aku short lak....bebunyi tetibe....kuat and lame lak tue..., nak cakap motor atau keter orang lain, tak la...sebab kat jalan tu aku sorang je...

konklusinya disini..pagi ni agak tragedi la bagi aku...geraaammmmm!!!!

~bersabarlah dengan ujian yang ada~

Monday, January 21, 2013

senyumlah untuk kehidupan ini..

"Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada,
tetapi jangan lupa yang telah ada"

Bersyukurlah kepada-Nya kerana memberi nikmat hidup pada hari ini...

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/181102_468808689822694_1163012500_n.jpg 
 bukankah kamu sedari, yang ada pada kamu itu perlu kamu hargai..

 sungguh bertuah kerana aku masih diberi kelebihan ini..
aku bersyukur kerana Tuhan sentiasa hadirkan sesuatu untuk hati ini berasa syukur..
tetapkanlah hati mu, kuatkan penderian mu..

Berdarah sana sini..

 sebahagian members yang pergi pangkor..



Assalamualaikum w.b.t


hari ni  masuk ofis macam biasa..
pagi2 ingat nak update blog tapi line internet tak dek...so, kene tunggu agak lame la jugak...
tak tahu nak buat ape sebenarnye...hahaha...nak story sal ape yang dah aku lalui last week...aku pergi ikot team silat ke pangkor...before tu coach buat friendly kat ipoh,..banyak pengalaman baru aku dapat mase game friendly ni....kitorang bertolak hari khamis lepas lam kol 8 pagi,..bile dah bertolak awal, so sampai la awal kat ipoh kan...game tu tak lame cume amek mase 2 jam, lepas tu terus bertolak pergi lumut...amek ferry jam 7.30...

kat sane, aktivit lebih kurang macam santai2 jugak la...main2, pusing2 pulau,..sambil tu ade la buat light trainning,...yang paling  penting mesti ade senowklyng..(betul ke eja camtu)...kompem tak kan...huhuhu...selain pengalaman yang menyeronokkan di bawa balik....aku jugak bawak balik luke2 di kaki dan tangan...berdarah sana sini sebab jatuh basikal...aku ade jugak story yang aku jatuh basikal...respon dyorang,....1-ek eleh jatuh beskal, cam budak2...2-ape de hal jatuh beskal je....3-adeh, jatuh beskal ke, ingatkan besar sangat storynye...4-jatuh beskal je kot....banyak lagi la komen2 yang macam nak bagi semangat, tapi....no matter la,...tak lah teruk sangat asenye,...cerite dye macam nie,..awal2 beskal yang aku bawak tu macam ok je, sampai half jalan tu, pedal dah longgar and tercabut...aku ketuk2 je la and buat andaian tak de ape2...satu mase tu, aku tengah mengenjut kuat coz nak daki jalan raye yang berbukit kat sane...tengah agak laju aku tolak pedal beskal tu tercabut and ape lagi aku jatuh terseret la kat jalan tu...huhuhu...sib bek tak de kereta or moto dok follow dari belakang..kalau tak #%&** aku kot...

ape2 pun memang banyak la pengalaman baru kat sane...tok entry akan datang aku citer lagi kalau ade yag aku ase nak citer sal g pangkor nie kan...terime kasih coach sebab bagi peluang aku ikot and terime kasih pade kengkawan yang banyak bantu...lagi2 pada adik2 yang memang cheerfull sangat...

 jalan memang berbukit2 la..


 dayah leyh perasan aku nak tangkap gambar...paling kanan...






 pox and farah??...ape yang dyorang buat bedue tu??...





 mase lepas kemalangan tu...blurr dah sekejap nie..





 nie chalet kami kat sane..



nie antara luke yang dapat di snap...pedih wooo..




























p/s: gambar banyak lagi tapi tak sempat nak amek dari kengkawan...nanti aku upload lain yer..
I
I
I
I
V
dalam proses recovery...hopefully dapat trainning soon..